Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (28 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

364
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 28 Jun.

Menurut laporan itu tiada kes baharu direkodkan di Negeri Melaka semalam menjadikan semalam hari ke lapan berturut-turut Melaka tidak merekodkan kes baharu semenjak 22 Jun lepas.

Tambah laporan itu lagi sebanyak dua kes sembuh direkodkan semalam namun tidak dinyatakan dari Mukim mana.

Jabatan Kesihatan Melaka semalam juga tidak mengeluarkan infografik harian mengikut mukim seperti yang biasa dikeluarkan jadi pihak kami tidak dapat memaparkan statistik lengkap kes mengikut mukim seperti yang biasa kami paparkan di sini.


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang 28 Jun.

Menurut KKM sebanyak 18 kes baharu direkodkan semalam terdiri daripada 14 kes tempatan dan empat kes import di mana daripada14 kes penularan tempatan semuanya adalah terdiri dari bukan warganegara.

Tambah laporan itu lagi daripada 14 kes penularan tempatan, sembilan kes dikesan di Negeri Sembilan, satu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan masing-masing dua kes di Selangor dan Sabah.

Tambah KKM lagi, 10 pesakit telah sembuh dan discaj semalam menjadikan jumlah kes kesembuhan adalah sebanyak 8318 atau sebanyak 96.34 peratus.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 8634
Kes Baharu : 18
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 195
Kes ICU : 2
Kes Sembuh Baharu : 10
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 8318
Kematian Baharu : Tiada
Jumlah kematian : 121


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)