Home Artikel PAS Melaka

Balu Almarhum Ahmad Hasim ucap terima kasih kunjungan MTD Taboh Naning

232
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH : Balu Almarhum Ahmad Hasim, Siti Aidah Bohari mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PAS MTD Taboh Naning yang telah menziarahi dan menghulurkan bantuan kepada beliau dan keluarga beliau di Kuala Linggi di sini pagi tadi.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan rombongan dari PAS MTD Taboh Naning yang diketuai Pengerusi MTD, Cikgu Abu Hashim Abd Samad bersama-sama dengan beberapa orang AJK MTD yang hadir bersama di kediaman beliau.

 

Sumbangan diserahkan oleh Ketua Penerangan PAS MTD Taboh Naning, Mohd Taro Jaafar kepada anak Almarhum Ahmad Hasim.

“Sebelum ini pihak PAS Kawasan Masjid Tanah dan MTD Kuala Linggi juga ada datang menyerahkan sumbangan beberapa hari selepas pemergian Almarhum.

“Saya bagi pihak Almarhum suami saya Ahmad Hasim mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang. Semoga Allah SWT yang membalas segala jasa baik tuan-tuan semua.” Ujar beliau.

Almarhum Ahmad Hasim yang sebelum ini adalah Penolong Setiausaha PAS Kawasan Masjid Tanah menghembuskan nafas terakhir pada 11 Jun lepas akibat komplikasi penyakit gout kritikal yang dihidapi Almarhum sekian lama.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)