GAAL, 25 Mei: Operasi Sanitasi Awam Penuh seluruh DUN Gaal bermula hari ini yang melibatkan pelbagai pihak termasuk bomba, MDPP, Pusat Khidmat Dun Gaal dan sukarelawan Mukim Gaal, Gong Jenereh dan Bunut Rendang berganding bahu melakukan operasi sanitasi awam bagi mencegah Covid-19.
Program ini merupakan inisiatif ADUN Gaal, YB Ustaz Mohd Rodzi yang juga perintis Operasi Sanitasi Awam Penuh seluruh DUN Gaal ini. Program ini akan dilakukan secara berperingkat mengikut zon dimana zon 1 akan dimulakan hari ini. Ia melibatkan 7 zon secara keseluruhannya dan dijangka berakhir pada 2 Jun.
PROGRAM SANITASI AWAM SELURUH DUN GAAL
ZON 1 (25/05/2021)
1. Mukim Gaal
2. Mukim Gong Jenereh
3. Mukim Bnt Rendang
ZON 2 (26/05/2021)
1.Mukim Changgai
2.Mukim Bt Hitam
3.Mukim Pengkalang Pauh
ZON 3 (27/05/2021)
1.Mukim Telosan
2.Mukim Telipok
3.Mukim Gong Mengkelih
ZON 4 (30/05/2021)
1.Mukim Batu Berendam
2.Gong Garu
3.Sri Maharaja
ZON 5 (31/05/2021)
1.Mukim Tok Khamis
2.Mukim Kandis
3.Mukim Bkt Yong
ZON 6 (01/06/2021)
1.Mukim Wkf Raja
2.Mukim Gong Nangka
3.Mukim Gong Kemuning
ZON 7 (02/06/2021)
Mukim Temila/Pulau Sa.