Home Artikel PAS Kelantan

Nik Abduh dapat sokongan anak muda

545 views
SHARE

BACHOK: Pemilihan Ustaz Nik Muhamad Abduh Nik Abdul Aziz bagi mempertahankan kerusi parlimen Bachok turut mendapat sokongan padu anak-anak muda.

Situasi itu dapat dilihat berdasar gerak kerja kempen di merata tempat, sambutan anak muda begitu hebat sekali.

Nik Abduh berkata, berdasar aktiviti kempen selepas diumumkan sebagai calon sehingga sekarang sokongan anak muda begitu ketara.

“Setiap program dan kunjungan di kampung-kampung peratusan anak muda yang hadir begitu ramai sekali.

“Dianggarkan 80 peratus jumlah kehadiran pada setiap program adalah dalam kalangan anak-anak muda,” katanya ketika ditemui selepas ceramah kelompok di UPU Pantai Damak di Dun Pantai Irama hari ini.

Ketika berucap sebelum itu beliau berharap pengundi mengekalkan kerajaan negeri yang ada sekarang bagi meneruskan legasi ditinggalkan almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Muhammad Abduh menggantikan Ustaz Ahmad Marzuk Shaary bagi mempertahankan parlimen Bachok, manakala Marzuk berpindah Parlimen Pengkalan Chepa. – HARAKAHDAILY 1/5/2018