Home Berita PAS Pahang

PAS Pahang l MANTAP Pahang Memberikan sokongan kepada PAS

1288
SHARE

Assalamualakikum wbt.

Segala pujian hanya layak kepada Allah swt, selawat salam buat junjungan buat Rasulullah saw.

Umum mengetahui bahawa ketika ini semua rakyat tertumpu kepada kempen pilihanraya selepas SPR mengumumkan tarikh PRU14 iaitu pada 9 Mei 2018, Rabu nanti.

Pilihanraya merupakan satu amalan demokrasi di Malaysia untuk memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih kepimpinan negara bagi tempoh 5 tahun akan datang. Bab memilih pemimpin ini adalah merupakan perkara sangat penting di dalam Islam.

Justeru, berdasarkan senario politik di Malaysia maka Majlis Taawun Pusat Pendidikan Islam Pahang (MANTAP PAHANG) yang bernaung di bawah MANTAP 35 buah maahad tahfiz dan pondok akan memberikan sokongan kepada PAS dan menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya memilih wakil dari Parti Islam Malaysia (PAS) pada PRU14 pada 9 Mei ini.

Ini adalah kerana rekod bersih PAS dalam memerintah terbukti apabila SPRM telah menyatakan PAS bersih dari disabitkan kesalahan rasuah selama memerintah di Kelantan dan di beberapa buah negeri yang lain.

Pihak MANTAP juga merakamkan ucapan penghargaan khususnya kepada pucuk pimpinan PAS kerana memilih beberapa calon dari kalangan hafiz Al Quran dan pengusaha-pengusaha pondok di bawah MANTAP.

Pihak MANTAP juga mengucapkan tahniah kepada PAS dan Gagasan Sejahtera kerana meletakkan calon yang berwibawa dalam PRU14 kali ini lantas membuktikan seriusnya PAS untuk membela rakyat dan menjaga kemaslahatan agama Islam di Malaysia.

MANTAP juga menyeru semua institusi di bawah MANTAP supaya terus mengadakan solat hajat dan munajat kepada Allah supaya memberikan kemenangan kepada PAS dan Gagasan Sejahtera di dalam PRU14 ini insya Allah, Amin.

Sekian, Sejahtera Bersama Islam.

Ustaz Khairul Azmi Ismail Al Muqri’
Pengerusi MANTAP.