Home Berita PAS Johor

NGO Tebrau menyantuni asnaf bersama pelajar tahfiz

75
SHARE

Oleh : Siti Nur Aisyah Az Zahra

13 Ogos, Tebrau : NGO Kelab Kebajikan Anak Tebrau (KKAT) dan Pertubuhan Kebajikan Humaira’ Tebrau (HUMAIRA’) telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada 35 keluarga asnaf di sini semalam dalam satu program iaitu Rekreasi Ilmu dan Menyantuni Asnaf.

Majlis yang dimulai dengan ucapan pengarah program, Nor Fazielah Yaakub yang mengajak para penerima terutama golongan ibu tunggal untuk bersama menyertai aktiviti positif yang dianjurkan oleh pihak NGO seperti program keagamaan, kewanitaan, pembangunan keluarga, amal kebajikan dan banyak lagi.

Menurut Fazielah, pelbagai program dirancang untuk membantu golongan asnaf membina lingkungan yang positif bagi membentuk jiwa yang lebih kuat dalam mendepani desakan kehidupan kini yang penuh cabaran.

Majlis turut diserikan lagi dengan kuliah sempena Maal Hijrah, disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Ihsan Halid selaku Mudir Madrasah Sidi Ibrahim.

Penyampaian sumbangan berbentuk bantuan kewangan dan barangan makanan asas telah disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa KKAT, Suzilawati Baharudin diiringi oleh Rubiah Ahmad.

KKAT masih membuka uncang sumbangan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam (01087010068909) atas nama Kelab Kebajikan Anak Tebrau.