Home Berita PAS Pahang

Jabatan Amal Pekan baikpulih rumah ibu tunggal OKU

132
SHARE

Oleh ZAITON ABDUL HALIM

PEKAN, 12 Ogos : Jabatan Amal Malaysia (JAM) Pekan sedang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian dan baikpulih rumah seorang ibu tunggal kelainan upaya (OKU) di Kampung Jaya Gading dekat sini sejak 6 Ogos lalu.

Kerja-kerja tersebut diketuai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Pekan, Mohammad Rafiq Khan Ahmad Khan.

Menurut Rafiq Khan, kerja-kerja pengubahsuaian tandas dan bilik air rumah milik Halimah Idris, 55, adalah untuk membantu memudahkan pergerakan dan memberi keselesaan kepadanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada para penyumbang dan mengharapkan sumbangan dari segi kewangan dan barangan ini berterusan kerana terdapat beberapa bahagian lagi yang perlu dibaikpulih.

Turut sama membantu ialah Timbalan Komandan JAM Pekan merangkap Ketua DPP Cawangan Jaya Gading, Mohd Idris Mohd Zain.

Dalam pada itu, Halimah menyatakan kesyukuran dan kelegaannya di atas usaha murni itu.