Home Melaka

Modul kualiti haraki 3 : Kuat hadiri majlis ilmu, wajar tambah kuat berjuang

158
SHARE

Siri -3

Oleh IBNU JANIE

PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam dan sangat menitikberatkan tentang ilmu Islam sebagai asas perjuangan. Kerana itu PAS berkembang dan meneguh dengan budaya kuliah-kuliah haraki dan usrah. Dan semua ahli PAS yang mengikuti usrah tahu bahawa rukun pertama usrah ialah faham.

Orang-orang PAS sejak dahulu dipupuk dengan kecintaan pada budaya ilmu dan penghayatan Islam. Mereka ke sana ke mari, ke surau sana, ke surau sini, ke masjid sana, ke masjid sini, untuk mendengar kuliah-kuliah agama sehingga sinonim digelar ‘lebai’.

Sebagai pejuang Islam, seharusnya semakin kuat kita menuntut ilmu Islam di sana sini maka sepatutnya kita semakin faham bahawa perjuangan PAS ini adalah perjuangan Islam dan semakin faham perihal kewajipan seseorang ahli PAS itu dalam menjalankan amanah mengikut taklifan yang diberikan ke atasnya.

Gambar hiasanl

Apabila kita semakin faham perkara ini maka sepatutnya semakin kuatlah kita bekerja untuk memenangkan PAS dengan menghadiri mesyuarat, menyertai kursus dan mengikuti gerak kerja yang diaturkan oleh parti.

Sudah tentu tidak wajar hanya kerana mengikuti majlis ilmu, sesetengah ahli PAS mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ahli jawatankuasa sehingga menyebabkan perjalanan organisasi terganggu.

Jika seseorang aktivis PAS itu yang semakin bertambah masanya menuntut ilmu, maka semakin kurang masanya kepada aktiviti ‘lagha’ seperti melepak di kedai kopi atau menonton televisyen maka itu memang sesuatu yang bertepatan dengan kehendak ilmu Islam yang mereka pelajari itu.

Tetapi jika semakin banyak seseorang itu berguru, tetapi semakin jauh dia dengan perjuangan dan semakin culas dia dengan jawatan yang dipegang, maka itu pelik. Mustahil ajaran-ajaran Islam yang mereka belajar daripada tuan guru-tuan guru mereka itu mengajar agar mereka menjadi seorang yang tidak bertanggungjawab dengan perjuangan Islam yang mereka dukung. Tidak mungkin.

Apabila seseorang ahli PAS itu menghadiri kuliah-kuliah agama, dia menambah ilmu tentang Islam. PAS, parti yang kita dukung ini pula memperjuangkan Islam. Ilmu Islam yang kita belajar di dalam kuliah-kuliah itu adalah teori, sementara gerak kerja perjuangan Islam dalam PAS adalah praktikalnya.

Sekiranya seseorang ahli PAS itu hanya bersungguh-sungguh belajar ilmu Islam tetapi tidak mampu bergerak aktif dalam gerak kerja PAS, umpama kita ada PhD dalam bidang senibina tetapi tidak mampu membina walau sebuah bangunan.

Rencana ini juga disiarkan di Harakah cetak bertarikh 22 Julai 2022

 

Mungkin ada yang berpandangan bahawa kegagalan mereka menunaikan tanggungjawab mereka itu tidak boleh dipertikaikan kerana mereka menuntut ilmu agama. Mereka berasakan bahawa dengan menghadiri majlis ilmu adalah lesen besar untuk mereka tidak hadir ke mesyuarat.

Sekiranya seseorang aktivis itu memang tidak mampu menjalankan kedua-dua aktiviti mencari ilmu dan menjadi aktivis serentak, mereka sepatutnya memilih salah satu daripadanya. Jika mahu fokus berkuliah sahaja, maka lepaskan jawatan yang mereka pegang supaya ia boleh digantikan dengan mereka yang boleh menjalankan tanggungjawab itu.

Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan sebagai kewajipan (gambar hiasan)

Sangat tidak wajar jika berlaku satu situasi di mana seseorang yang sangat sibuk dengan pengajiannya namun masih mahu memegang jawatan-jawatan yang memerlukan komitmen tinggi, yang berakhir dengan peranannya dan jawatankuasa yang dipegangnya terus lumpuh.

Harus diingat bahawa sibuk dengan tugas parti hingga mengabaikan majlis ilmu atau sibuk dengan majlis ilmu sehingga mengabaikan tugas parti kedua-duanya adalah tidak baik. Seseorang ahli PAS itu perlu menyeimbangkan kedua-duanya agar tidak merosakkan satu sama lain.

Sebenarnya yang penting ialah keseimbangan dan bagaimana mereka menguruskan masa yang sangat dititikberatkan oleh Islam. Dalam pengalaman penulis memang biasa PAS jika mengadakan mesyuarat memang mengambil kira bahawa kebanyakan ahlinya akan menghadiri akan menghadiri majlis ilmu dari Maghrib hingga Isya’. Biasanya mesyuarat akan bermula 9.30 malam dengan mengambilkira perkara ini.

Seseorang ahli PAS itu, jika semakin kuat dia menuntut ilmu Islam, menjadikannya semakin jauh pula daripada gerak kerja PAS; jika semakin banyak kuliah yang dihadiri, jadi semakin kerap pula dia ponteng ke mesyuarat parti; jika semakin tinggi belajar agama, semakin jauh pula dia daripada gerak kerja PAS, maka dia kena renung balik dan muhasabah balik di mana salah dan silapnya. Mungkin ada yang tak kena di mana-mana…

Penulis adalah Editor Harakah, Ketua Editor Pusat dan Ketua Editor Negeri Melaka bagi Portal Berita PAS.


Rencana ini adalah siri dalam Modul Kualiti Haraki di bawah Lajnah Pemerkasaan Parti Badan Perhubungan PAS Melaka

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH