Home Artikel PAS Kelantan

NGO jadi blok ketiga

168 views
SHARE

BACHOK– Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) sewajarnya terus menerus jadi blok ketiga dalam membantu Kerajaan Negeri Kelantan melalui pelbagai bidang dan bentuk sumbangan.

NGO mampu menjadi kumpulan semak imbang (chek and balance) yang berkesan dalam aspek membantu kerajaan negeri membangunkan negeri ini.

Demikian ucap Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan, Datuk Dr Ramli Mamat sewaktu membacakan teks ucapan perasmian Rapat NGO Bangkit Pertahan, sebagai mewakili Menteri Besar Kelantan.

“Kerajaan negeri sedang sedaya upaya mendapatkan hak rakyat dengan berani mengorak langkah pentadbirannya, sekiranya perlu mengadakan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan dalam perkara kebajikan, pendidikan, infrastruktur demi kesejahteraan rakyat hidup bebas tanpa tekanan.

“Kerana itulah kerajaan negeri mengambil pendekatan sentiaso bersikap terbuka dalam mengambil berat gerak rasa rakyat.

“Kerajaan negeri juga berharap Badan Bukan Kerajaan (NGO) tidak serik untuk terlibat berkongsi idea bersama membangunkan Kelantan ini,” katanya

Menurut Menteri Besar lagi, Kelantan terus membangun dan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan, malah Dasar Membangun Bersama Islam tidak menghalang pelancong, pelabur datang ke Kelantan.

Rapat NGO Kelantan Bangkit Pertahan yang diadakan di Pantai Irama Bachok adalah antara siri mobilasi Himpunan Bangkit Pertahan yang bakal diadakan pada 16 Mac depan di Padang Perdana Kota Bharu.

Turut hadir majlis perasmian tersebut ialah ADUN Tawang, Datuk Hassan Mahmud ; ADUN Perupok, Mohd Huzaimi Che Husin ; ADUN Jelawat, Abdul Azziz Kadir dan para pimpinan masyarakat.

Terdahulu Pengerusi Konfederasi NGO Kelantan, Dr Nazmi Ghazali Azmi dalam ucapannya antara lain menyatakan bahawa sasaran kehadiran seramai lima ribu orang dalam program berkenaan mencapai matlamatnya.

“Saya merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada semua Badan-badan Bukan Kerajaan yang terlibat dalam menjayakan program yang menghimpunkan peserta NGO hari ini.

“Ini memberi isyarat jelas bahawa NGO bersama dalam arus pembangunan Negeri Kelantan yang ditadbir oleh dasar Membangun Bersama Islam hari ini, ” ujarnya

Pelbagai aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan oleh NGO sempena rapat ini. Antaranya ialah pertandingan liga panalti oleh Kelab Darulnaim, cabaran ngail tradisi oleh Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir, tanding fotohunt oleh Yayasan Amal Malaysia, petting zoo oleh Kelab Peminat Arnab Kelantan.

Turut diadakan kaunter derma darah, pemerikasaan buah pinggang oleh Yayasan Buah Pinggang Malaysia, pertandingan mewarna, pertunjukan kapal terbang kawalan jauh dan lain-lain.