Home Artikel PAS Wilayah

Tawaran Pakej Penyelamat Masalah Negara dan Rakyat PAS ‘4 + 1’

193 views
SHARE

SETIAWANGSA, 10 FEBUARI: Kerosakan dan masalah tenat yang dialami negara dan rakyat baik dari segi ugama, kepimpinan, ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, bukan lah disebabkan salah tadbir individu sahaja dalam pentadbiran kerajaan UMNO-BN, bahkan disebabkan sistem pentadbiran sekular yang menindas.

Sistem pemerintahan sediaada tidak mengambil kira matlamat utama iaitu ketaatan kepada Allah swt, perinsip asas dosa pahala, maslahat rakyat dan rujukan kepada petunjuk ilahi.

Kerosakan ini semakin parah bermula zaman pemerintah Tun Mahathir Mohammad di bawah kerajaan UMNO- BN dan berlanjutan hingga kini sehingga pemulihan menyeluruh itu perlu dan bukan bersikap perubahan kosmetik pentadbiran.

Demikian tegas Ketua Pengarah Strategik Pemuda PAS Pusat, Tn Hj Syahir Sulaiman dalam pidato beliau di Ceramah Kelompok 6.0 di Medan Selera, Tasik Seri Rampai, di sini.

“ Oleh itu, perjuangan PH yang menyasarkan perjuangan untuk menjatuhkan Dato Seri Najib Tun Razak dan mengangkat kembali Tun Mahathir Mohammad amat tidak relevan umpama memberi ubat Panadol bagi pesakit kaki” ujar beliau lagi.

PAS tegas beliau, dengan dasar islam sejahtera mengemukan pakej penyelamat ’4 + 1’ kepada rakyat pada PRU 14 ini iaitu Budaya Politik Matang Sejahtera(BPMS), Dokumen Hijau, Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS), Manifesto Sejahtera serta calon-calon berwibawa.

BPMS yang diamalkan PAS telah memberi kebaikan yang banyak dalam menyelesaikan sesuatu isu sehingga dapat mengelakkan berlakunya ‘peperangan’ dan pergaduhan di kalangan rakyat. PAS dapat berunding dengan semua pihak baik kerajaan, ngo atau pihak terbabit untuk mendapat gambaran sebenar sesuatu masalah dan seterusnya memberi penyelesaian yang terbaik.

‘Sebagai contoh, Isu Tabung Haji dan 1 MDB dapat diselesaikan dengan baik menggunakan pendekatan ini’, tambah beliau.

Jelas beliau lagi, Dokumen Hijau dan WINS, alternatif kepada Wawasan 2020 dan TN50 merupakan perancangan ekonomi dan pemulihan masalah rakyat dari kemelut ini , menuju negara sejahtera mendapat keredhaan ilahi. Antara perinsip penting ekonomi dikemukakan dalam dokumen tersebut adalah ‘agar harta tidak berlegar di kalangan orang kaya sahaja’ berdasar petunjuk Al-Quran.

Manakala, Manifesto yang memberi kegembiraan, kesejahteran dan kebaikan untuk rakyat juga akan di kemukakan tidak lama lagi , setelah mengambil kira cadangan dan nasihat pelbagai tokoh dari semua bidang untuk kebajikan rakyat.

Akhirnya, beliau menerangkan calon-calon yang akan dikemukan oleh PAS merupakan calon berwibawa gabungan para ulama dan professional , mesra rakyat, amanah dan bebas salah urus penyelewengan. Ini menjadikan hanya PAS layak memimpin dan membawa perubahan kearah kesejahteraan.

Selain beliau turut berucap adalah Yang Di Pertua PAS Setiawangsa, Abd Halim Hassan dan Ketua Pemuda PAS Setiawangsa, Ustaz Ubaid Abd Akla.