Home Berita PAS Perak

Semarak Kasih Ramadan Rai Amilin PAS

87
SHARE

Oleh : Ez

Trong , 1 Mei 2021 : PAS Bukit Gantang tampil ‘meraikan’ amilin PAS dalam program Semarak Kasih Ramadan bertempat di Dewan Balai Penghulu,di sini , pagi tadi.

YDP PAS Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman berkata, seramai 126 orang petugas PAS dari kalangan guru dan petugas PASTI , SRITI , Jabatan Amal dan Briget Muslimat telah menerima sumbangan berbentuk duit raya.

Program yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Bukit Gantang ini bertujuan untuk meraikan dan memberi penghargaan serta apresiasi kepada semua petugas sepenuh masa PAS.

Beliau berharap agar semua amilin PAS dapat menjalankan tugas seperti biasa walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP) ini.

Banyakkan berdoa untuk negara ini agar wabak covid-19 cepat berakhir.

“Kami akan terus komited membantu amilin PAS ini dari aspek kebajikan mereka, InsyaAllah” katanya.

Semoga dengan sedikit sumbangan dapat memberikan keceriaan dalam menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

Majlis penyampaian sumbangan ini telah disempurnakan oleh Naib Presiden PAS , Ustaz Idris Ahmad.