Home Berita PAS Kelantan

Naiktaraf fasiliti sukan, persediaan SUKMA 2026

93
SHARE
KOTA BHARU, 30 Mac: Sebagai persiapan untuk menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 Tahun 2026 di Negeri Kelantan, Majlis Sukan Negeri Kelantan bersama Sekretariat SUKMA Pejabat SUK Kelantan telah mengenalpasti 12 fasiliti untuk dinaiktaraf.
Demikian jawapan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Wan Roslan Wan Hamat ketika menjawab persoalan yang diajukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, YB Datuk Seri Sr Md Alwi Che Ahmad berkenaan persiapan Kelantan dalam menawarkan penganjuran SUKMA 2026 dalam Sidang DUN Kali Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Kelantan Ke-14 Tahun 2022, semalam.
“Dua pusat latihan telah siap dinaiktaraf iaitu Dewan Gimnasium Kompleks Sekolah Wakaf Mek Zainab dan Pusat Skuasy Kompleks Sekolah Wakaf Mek Zainab. Manakala dua lagi fasiliti sedang dinaiktaraf iaitu Dewan Badminton JKR (Pusat Latihan Badminton – Persatuan Badminton Negeri Kelantan) dan Dewan Badminton Tengku Anis Pengkalan Chepa,” katanya.
Terdahulu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri juga telah selesai membina jalan rintis sepanjang 2.4 kilometer daripada jalan utama D136 Jalan Selising – Kok Lanas ke tapak pembangunan Madinah Al-Riadhah.