Home Berita PAS Kedah

Mutiara Lambuk tautan kasih NCER

77
SHARE

POKOK SENA – EmpowerNCER telah mengadakan program Mutiara Lambuk Tautan Kasih dengan menyantuni anak-anak kurang bernasib baik di Rumah Kanak-kanak (RKK) Pokok Sena, di sini semalam.

ADUN Bukit Lada, Ustaz Salim Mahmood Al-Hafiz telah menyempurnakan perasmian majlis yang turut dihadiri pemimpin dan komuniti setempat serta agensi kerajaan dan para dermawan penyumbang.

Pada program ini, seramai 40 penghuni RKK ini telah diberi sumbangan set baju raya daripada pihak Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan gedung tekstil terkemuka, Jakel Trading Sdn Bhd.

Matlamat utama program ini adalah untuk meraikan dan berkongsi rezeki bersama masyarakat setempat terutama Kanak-kanak para penghuni RKK Pokok Sena ini.

Bersempena majlis ini, NCER turut memperkenalkan kursus-kursus ditawarkan pihaknya terutama kepada para belia yang ingin mendapatkan pekerjaan atau menambah pendapatan.

Peserta kursus EmpowerNCER dan JomNiaga@NCER turut hadir menyediakan khas apam polkadot dan biskut brownies sebagai sesi pengenalan kepada para tetamu yang hadir ke majlis ini.

Turut bersama adalah Ketua Wilayah NCER Kedah dan Perlis, Fauzan Ismail dan Pengetua RKK Pokok Sena, Hassan Ahmad.