Home Berita PAS Kedah

Larangan rentas negeri Aidil Fitri elak pertambahan kes COVID-19

81
SHARE

 

ALOR SETAR – Kerajaan mempunyai pertimbangan terhadap larangan merentas negeri sempena Aidil Fitri ini kerana boleh menyebabkan pergerakan besar-besaran yang berisiko meningkatkan kes COVID-19.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ia dilihat dari pengalaman sebelumnya di mana kesan memberi kebenaran rentas negeri telah menyebabkan pertambahan kes.

Oleh itu beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak cuba untuk merentas negeri bagi pulang berhari raya dengan ibu bapa, sebaliknya akur dengan norma baharu ketika ini.

Beliau juga menyentuh kemungkinan dikompaun sekiranya ingkar di mana mutakhir ini berlaku sebaran sentimen-sentimen untuk menyalahkan pihak kerajaan di atas penegasan itu.

Beliau bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

“Dalam keadaan COVID-19 ini, banyak sekali benda-benda yang kita biasa buat masa dulu tidak dapat dibuat, tidak dapat dilakukan. Itu dipanggil norma baharu. Tak balik kampung ini norma baharulah.

“Lebih baik tak balik kampung tapi nyawa masih di badan daripada balik kampung semua orang kampung mati, semua orang kampung terkesan dengan COVID-19. lebih baik tak balik kan?” ujarnya.