Home SKIMPAS

Muslimat peka kepentingan sertai SKIMPAS

21
SHARE

PERMATANG PAUH: Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh telah mengadakan Taklimat Skim Kifalah Ahli PAS (SKIMPAS) sempena program senaman Wai Tan Kung di Dewan Haji Zabidi, Masjid Batu, di sini kelmarin dahulu.

Program dimulakan dengan sesi riadah secara gerakan lembut senaman tersebut yang merupakan rutin mingguan Muslimat dalam membantu mengekalkan kesihatan kecerdasan diri dalaman dan luaran.

Manakala, taklimat dan kaunter SKIMPAS selaku Skim Khairat Kematian dan Pelindungan yang ditawarkan kepada ahli-ahli PAS, telah dikendalikan oleh Perunding SKIMPAS Pulau Pinang, Mohd Zamadi Omar.

Produk Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat sejak 2015 ini, melayakkan ahlinya mendapat manfaat khairat kematian bernilai RM10,000, selain manfaat ilat kekal, kemalangan dan sebagainya.

Mohd Zamadi dalam taklimatnya turut menggalakkan Muslimat PAS berdaftar sebagai salah seorang Perunding SKIMPAS Kawasan bagi mempromosikan manfaat ini kepada seluruh ahli.

Ketua Muslimat PAS Permatang Pauh Ustazah Nor Hapiza Saad menggalakkan Muslimat agar sentiasa peka denga kesihatan diri dan berjaga-jaga akan sebarang ketidaktentuan yang bakal dihadapi di kemudian hari .

“Dengan menyertai SKIMPAS insya-Allah sebagai usaha dan persedian