Home Berita PAS Melaka

Muslimat PAS Melaka Realisasi Misi Jejak ‘Jentera 12k’

1101
SHARE

Oleh : Ibnatdeen

TANGGA BATU – Dewan¬†Muslimat PAS Negeri Melaka telah berjaya melaksanakan program ‘Pelancaran Jejak Jentera 12 K’ bertempat di Darul Ta’lim Sungai Udang di sini semalam.

Program tersebut, menghimpunkan 60 orang Muslimat daripada seluruh negeri Melaka dengan pembentangan pengisian-pengisian menjurus kepada ciri-ciri AKiFi.

AKIFI adalah singkatan bagi ‘Alim’ ‘Sufi’ dan ‘Haraki’ merupakan ciri-ciri yang perlu digarap dalam pembentukan jati diri ahli PAS terutamanya daripada kalangan muslimat.

Hadir memberikan taujihat dan motivasi,Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Ustazah Salamiah Mohd Noor beserta AJK Lajnah Tarbiah dan Pekaderan Dewan Muslimat PAS Malaysia Ustazah Nafisah Tahir.

Paling bermakna, dalam majlis ini turut dilancarkan penyerahan buku rekod amalan AKiFi kepada Muslimat PAS Melaka dalam usaha merealisasikan jentera 12 K.

Bilangan 12 000 merupakan sebaik-baik bilangan tentera yang disebut Nabi SAW, tidak akan dikalahkan musuh dengan kualiti jati diri yang dimiliki.

Turut hadir bersama, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka Hajah Aziah Saad dan Timbalan beliau, Hajah Kintan Man.