Home Berita PAS Pusat

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu yang Memikul

1195
SHARE

Kuala Lumpur : Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP), Haji Mohd Yusop Abdul Hamdi bersama Pengerusi Skuad Prihatin LKKP, Haji Abu Bakar Sidek menziarahi 2 orang anak amilin PAS yang ditahan di Wad Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur.

Sumaiyah Solehah, 6 bulan menghidap kanser mata dan sedang menjalani rawatan kemoterapi manakala seorang lagi, ‘Afeeya Humaira, 10 bulan didapati mempunyai 2 buah pinggang di sebelah kanan, dan perlu menjalani pembedahan untuk membuang satu daripadanya.

Turut hadir semasa ziarah ini ialah Puan Zurina Din, Timbalan Pengerusi LKK Dewan Muslimat PAS Pusat yang berkesempatan membacakan ayat ruqyah buat kedua-dua pesakit.

Ujian kesakitan yang dialami oleh dua anak kecil ini seakan berat ditanggung, namun dalam siri ziarah ini, mereka berdua kelihatan sungguh ceria tanpa menunjukkan sebarang reaksi sedang menanggung derita.

Pihak LKKPP berharap agar keduanya diberikan kesembuhan dan kesihatan seperti sedia kala dan dipermudahkan urusan buat kedua ibu bapa dan ahli keluarganya. Orang ramai juga diharap dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan dua anak ini.

Sebarang sumbangan kepada pihak yang memerlukan, boleh disalurkan ke akaun;

Bank Islam ‘Dana Kami Prihatin’
1211 3010 02 6150
Hubungi Haji Azlan (Bendahari LKKPP) 019-3886533