Home Berita PAS Pusat

Rapatkan Saf, Luruskan Perjalanan dan Sebarkan Risalah.

350
SHARE


PENYATUAN UMMAH MENGISI AGENDA DAKWAH.

Naskhah Dakwah PAS Pusat. Siri 18
2 Jamadil Akhir 1441 | 27 Jan 2020

Rapatkan Saf, Luruskan Perjalanan dan Sebarkan Risalah.

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat
https://m.facebook.com/naskhahdakwah‬
https://t.me/Naskhahdakwah‬


1. Membina masa depan gemilang, umat Islam selayaknya kembali mengambil tempat sebagai umat pilihan dengan posisinya sebagai umat terbaik.

2. Tentu sahaja posisi umat terbaik adalah dengan implementasi 3 noktah utama :

* Al Amru bil Makruf (menguatkuasakan syariat)

* An Nahyu ‘Anil Mungkar (menentang kemungkaran)

* Al Imaanu bilLah (beriman kepada Allah SWT.)

Firman Allah SWT :

‎كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, kamu menguatkuasakan perkara makruf (syariah) dan mencegah kemungkaran serta kamu beriman kepada Allah SWT.

Surah Aali ‘Imran : Ayat 110

3. Apabila tiga noktah tersebut atau salah satu daripadanya hilang dari umat Islam, maka umat ini hilang statusnya sebagai umat yang terbaik. Jauh sekali untuk menjadi umat yang gemilang.

4. Justeru itu, kita mesti berjuang untuk menegakkan dan menguatkuasakan syariah Allah SWT di bumi bertuah ini. Sekaligus menentang kemungkaran dan kemaksiatan yang melata, demi kembali menyandang status umat terbaik. Bukan lagi umat belasahan.

5. Berpaksi kepada keyakinan (iman) dan pengabdian diri kepada Allah SWT.

6. Jangan buang masa dengan perkara remeh. Umat Islam mesti menyatukan saf mereka dan mengikat kesatuan itu dengan tali yang kukuh iaitu Tali Allah (Al Quran).

7. Luruskan perjalanan dan perjuangan dengan roadmap yang patuh syariah. Bukan kerana kuasa, pangkat dan pengaruh tetapi kerana Allah SWT dan Islam agama yang membawa rahmat kepada semua.

(dengan menjadikan kuasa dan pengaruh sebagai alat menegak dan mempertahankan kesucian serta kemuliaan Islam)

8. Awasi perencanaan musuh (manusia atau syaithan) yang senantiasa mahu memecahkan penyatuan ummah dengan mencetus pertelingkahan dan menimbulkan amarah sesama umat Islam.

9. Lantaran itu sahajalah turning point mereka untuk melemahkan umat Islam.

10. Umat Islam mesti bangkit dan menjadikan penyatuan ummah ini sebagai peluang terbaik mengisi agenda dakwah Islamiah dan menyebarluaskan risalah tauhid yang membawa rahmat dan keselamatan di dunia serta akhirat buat semua.

“Islam Memimpin Perpaduan”