Home Berita PAS Johor

Muslimat PAS Johor Selesai Pemilihan Secara ‘e-Voting’

121
SHARE

Muslimat PAS Johor Selesai Pemilihan Secara ‘e-Voting’

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

Johor Bahru,24 Oktober : Muslimat PAS Johor semalam, selesai membuat pemilihan jawatankuasa kepimpinan baru bagi sesi 2021/023 secara e-voting di lapan zon terlibat secara atas talian menerusi platform ‘Zoom’.

Untuk meningkatkan pemahaman terhadap tatacara pemungutan suara secara e-voting ini, Jabatan IT Muslimat Johor telah mengadakan satu bengkel khas secara maya awal Oktober lepas dan pemantauan berterusan bagi memastikan Muktamar ke 33 kali ini berjalan lancar.

Menurut penyelaras e-voting Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Johor (DMPNJ),Hidayah Mohamad ,perwakilan dan jawatankuasa muktamar sebelum itu telah pun mendaftar kehadiran di sispro.

“Semasa Mesyuarat agung ini berlangsung, para perwakilan akan diberi kod penjana berbentuk lima aksara huruf atau nombor sementara bagi membolehkan mereka akses ke dalam sistem e-voting.”

“Perwakilan akan mengundi dengan tanda “X” untuk calon pilihan mengikut jawatan yang dipertandingkan. ” Jelasnya.

Menurut Hidayah, selepas selesai , keputusan akan dicetak, dilipat dan dimasukkan ke dalam peti undi yang disediakan oleh Jawatankuasa Pemilihan PAS, JKPP.

Seterusnya menurut beliau, Ketua JKPP zon akan mengira jumlah undi dengan calon bertanding, kemudian keputusan dari ketua JKPP zon ini akan diserahkan kepada ketua JKPP DMPNJ, Khairunisa’ Ramdan untuk dikumpul dan diumumkan kemenangan menerusi platform zoom dan paparan dibuat di skrin.

Selain platform zoom, para pemerhati juga mengikuti sidang khas mektamar ini menerusi google meet.