Home Berita PAS Kedah

125 mangsa banjir terima bantuan DPPNK

99
SHARE

Oleh TASNIM MUSTAFFA

SUNGAI PETANI, 25 Okt  – Seramai 125 mangsa banjir sekitar Sungai Petani telah menerima bantuan sumbangan pek makanan daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK). 

Setiap penerima bantuan menerima sumbangan berupa pek makanan yang disampaikan oleh Ketua Pemuda DPPNK, Ustaz Nurul Amin Hamid. 

Program yang bermula pada jam 2.30 petang itu, berlangsung di tiga lokasi iaitu di Markas PAS Kampung Raja, Sungai An-Nur Kampung Haji Wahab Batu 2 dan Kampung Padang Regent, petang semalam. 

Turut hadir Timbalan Ketua Pemuda DDPNK, Ustaz Nasrun Othman, Naib Ketua Pemuda DDPNK, Ustaz Aizat Zakaria, Ketua Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani, Ustaz Aizat Abdullah. 

Program ini turut ditaja oleh NGO Al-Azhar Care, Ustazah Effa Ismail mewakili PASTI Hulu Selangor, Pertubuhan Darul Aman Care dan Papisma.