Home Berita PAS Kedah

Hospital Jitra terima sumbangan Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu

45
SHARE

Oleh TASNIM MUSTAFFA

KUBANG PASU, 25 Okt – Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu (DPPKP) menyumbang lima unit dressing trolley dan 20 kotak air mineral kepada petugas dan kakitangan Hospital Jitra untuk membantu dalam memberikan rawatan kepada pesakit, baru-baru ini. 

Wakil Hospital Jitra, Ilyas Atan berkata, pihaknya berterima kasih kepada penyumbang dan berharap sumbangan berkenaan dapat dimanfaatkan sebaiknya. 

“pihak kami menerima lima unit dressing trolley untuk kegunaan di dalam wad 

“manakala 20 kota air mineral pula untuk para petugas kesihatan”, katanya. 

Dewan Pemuda Pas Kubang Pasu menyampaikan tajaan daripada Persatuan Belia Prihatin dan Pertubuhan Warga Cakna.