Oleh IFFAH HANANI
POKOK SENA, 10 Jan – Program Retreat di Homestay Ummu Sopiah, Langgar, menjadi tempat Muslimat Muda Pokok Sena mengatur strategi selama dua hari, baru-baru ini.
Ketua Ameerah Pokok Sena, Nurafwa Ismail selaku Pengarah program mengharapkan Muslimat Muda Pokok Sena dapat membawa pulang sesuatu daripada retreat ini.
“Bukan buat program sekadar untuk berseronok tetapi perlu memahami posisi dalam Muslimat Muda dan sedar akan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
“Bersama kita membina Wehdatul Qalbu, Wehdatul Fikr & Wehdatul Amal, kesatuan hati, kesatuan fikrah dan kesatuan amal (gerak kerja).
“Jadikan diri kita ini sebagai salah satu batu asas yang menjadikan sesebuah bangunan itu kukuh berdiri. Walaupun sumbangan kita hanya kecil, tetapi dapat tampung kekurangan yang ada. Saling melengkapi antara satu sama lain,” ujarnya.
Program yang berlangsung selama dua hari satu malam itu diisi dengan pengisian ilmiah dan ukhwah, dan penyusunan program secara berkala.
Turut hadir, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Pokok Sena, Puan Sumayyah Khayyat.