Home Berita PAS Kedah

Dua pesakit terlantar terima sumbangan katil

93
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG, 10 Jan – Dua penduduk yang terlantar sakit mendapat perhatian ADUN Kuala Nerang, YB Hj Munir @ Mohamad dan YDP PAS Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz, apabila menerima sumbangan katil sakit, baru-baru ini.

Nang Zainab Abdom Hamid dari Kampung Bakong mengidap penyakit masalah hati dan kekurangan sel darah merah, manakala seorang lagi pesakit Mohd Yusof Ismail dari Kampung Lembah Permai, terlantar sakit akibat kemalangan jalanraya.

Sumbangan katil sakit sementara itu disampaikan oleh ADUN Kuala Nerang, YB Hj Munir @ Mohamad.

Menurut keluarga pesakit, mereka amat berterima kasih kepada YB dan YDP diatas keprihatinan beliau.

Seterusnya, dalam ziarah yang sama beliau turut menyampaikan kerusi roda sementara kepada seorang warga emas, Siti Bainun Nanyan, 76 tahun di Kampung Padang Sanai, Kuala Nerang.

Turut sama turun ziarah ialah Petugas PKWR Kuala Nerang dan Helwa DUN Kuala Nerang.