Home Artikel PAS Johor

Muslimat Muda Gegar Muktamar DMPNJ

386 views
SHARE

Muslimat Muda Gegar Muktamar DMPNJ

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

Batu Pahat : Muktamar kali ke 30 Dewan Muslimat PAS Negeri Johor, DMPNJ menyaksikan kebangkitan muslimat muda dalam memuhasabah dan melontarkan idea bernas dalam usaha memperkasakan lagi parti Islam ini.

Nurul Syakirah, perwakilan dari Iskandar Puteri telah membangkitkan satu usul dalam memperkasa muslimat muda dengan usul “Mewujudkan Sayap Muslimat Muda PAS”.

“Saya menyarankan ; Mewujudkan Sayap Muslimat Muda dijadikan sebagai usul meskipun saya tahu usul melibatkan pindaan sesuatu dasar.

Ini menunjukkan keseriusan kami untuk sama-sama bertanggungjawab dalam mendekati anak muda .”

Pada akhir perbahasan, mesyuarat berkeputusan untuk menjadikan usul tersebut sebagai cadangan dan semangat muslimat muda pada muktamar kali ini sangat memberansangkan dan mendapat pujian para pimpinan.