Home Artikel PAS Sabah

Pemuda PAS anjur program dapur rakyat untuk mangsa kebakaran.

123 views
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
11 Ogos 2018

SEMPORNA: Pemuda PAS Semporna anjur program dapur rakyat untuk mangsa kebakaran Kampung Air Hujung di Pusat Penempatan Sementara Dewan Belia dekat sini petang semalam.

Program ini turut dihadiri oleh pelbagai NGO dan agensi. Antaranya, Jabatan Amal Malaysia Kawasan Semporna, Persatuan Siswazah Sabah, Kelab Muslimah Al-Abidin, RELA dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Hadir mengetuai program ini ialah Ketua Pemuda PAS Semporna, Umar Khalid serta beberapa orang pimpinan Pemuda PAS Semporna dan Muslimat PAS Semporna.

Menurut Umar, program ini bertujuan untuk membantu mangsa kebakaran Kampung Air tanpa mengira latar belakang sesebuah NGO dan agensi kerajaan. Semua bersatu atas dasar kebajikan insan.

“Program ini bukan sahaja untuk membantu mangsa kebakaran malahan juga memupuk kesatuan bersatu membantu mangsa atas dasar kebajikan tanpa mengira latar belakang yang datang dari pelbagai NGO dan agensi kerajaan,” jelasnya.

Tambahnya, Pemuda PAS Semporna mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang atas sumbangan yang diberikan bagi sama membantu kami meringankan lagi bebanan mangsa kebakaran.

Beliau sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua NGO dan agensi kerajaan yang terlibat kerana telah memberikan kerjasama kepada Pemuda PAS Semporna untuk bersama-sama melaksanakan program ini.