Home Artikel PAS Perlis

Muslimat PAS Perlis Selesai Bermuktamar

92 views
SHARE

Oleh: Najah Izzati

KANGAR : Tema ‘Muslimat Memacu Kemenangan’ mewarnai Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis yang telah diadakan pada 11 Ogos 2018 bertempat di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS).

Muktamar kali ke-43 ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Siti Ashah Binti Ghazali, Ketua Muslimat PAS Negeri Kedah yang juga ADUN Merbau Pulas.

Dengan anggaran kehadiran perwakilan serta pemerhati seramai 120 orang, pelbagai idea dan cadangan telah diketengahkan dan dibahas.

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis, Ustazah Latifah Mat dalam ucapannya menyarankan agar sistem kutipan dana dibuat secara lebih sistematik manakala aktiviti dakwah dan tarbiah perlu diperkemas dalam usaha menarik pengundi atas pagar.

Turut disarankan supaya entiti Nusaibah, Ameerah dan Briged Muslimat diwujudkan di setiap kawasan bagi menarik minat muslimat muda.