Home Berita PAS Johor

Muslimat dekati Orang Asli Puchor, Kahang

134
SHARE

Muslimat dekati Orang Asli Puchor, Kahang

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

KLUANG, 24 Mac : Lajnah Pembangunan Tanah, Perumahan dan Orang Asal (LPTPOA) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dengan Kerjasama Muslimat Negeri Johor turun ke perkampungan orang asal Puchor, Kahang, di sini bagi mendekati masyrakat di sana semalam.

Dalam kunjungan itu, masyarakat Orang Asli dari suku kaum Jakun yang menetap di kampung terpencil berhampiran Taman Negara Endau-Rompin itu turut menerima bantuan keperluan berupa bekalan makanan dan bantuan persekolahan di bawah program ‘Back To Shcool’ yang di bawah seliaan Muslimat PAS.

Menerusi bantuan awal persekolahan itu, Zakiah Tukirin, Ketua Muslimat Johor berharap agar dapat memberi suntikan semangat dan motivasi kepada mereka untuk lebih bersemangat ke sekolah dan mendalami ilmu.

Katanya lagi, beliau berharap agar mereka tidak ketinggalan dalam aspek pendidikan dan dapat menyesuaikan diri dengan norma baharu pendidikan ini.

Manakala sumbangan bakul makanan berupa beras, minyak masak dan lain-lain keperluan asas itu pula diharap dapat meringankan beban mereka yang rata-rata nya terdiri daripada nelayan, penoreh dan pekerja ladang.