Home Kenyataan Media PAS Melaka

NGO PEDULI ucap Selamat Hari Polis ke 215

78
SHARE
Pengerusi PEDULI Hajah Kintan Man

Selamat Menyambut Hari Polis ke 215 | Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada

Pertubuhan Peduli Buruh Wanita Malaysia (PEDULI) merakamkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada semua warga polis khususnya dari kalangan kaum Wanita di atas Sambutan Hari Polis ke 215 pada hari ini 25 hb. Mac 2022.

Sesungguhnya peranan Polis amat penting dalam memastikan keselamatan negara dalam keadaan yang sentiasa selamat.

Kestabilan ekonomi, politik serta budaya sosial berkait rapat dengan keselamatan negara.

Semestinya pelabur asing meyakini Malaysia sebagai negara terbaik untuk melabur sekiranya keselamatan negara terjamin dengan kesejahteraan dan kesentosaan.

PEDULI mengharapkan agar warga polis terus BERKHIDMAT dengan sifat bersih, berintergriti serta penuh keikhlasan bagi menjamin keselamatan negara.

HAJAH KINTAN MAN
PENGERUSI
Pertubuhan Peduli Buruh Wanita Malaysia (PEDULI)