Home Berita PAS Johor

Murid PASTI Muar hidap sakit tumor

263
SHARE

Oleh : SITI SYAKIRAH BAHARIN

MUAR, 30 Ogos : Seorang murid PASTI Al Amaliyyah Muar, adik Hidayatul Adnin Supaat telah disahkan menghidapi penyakit ‘brain tumor’.

Demikian yang dimaklumkan oleh bapanya Supaat Yasir, setelah dibuat pemeriksaan terhadap adik Adnin yang berusia empat tahun itu di KPJ Muar dan juga di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar sejak minggu lalu.

“Adik Adnin telah ditidurkan pada 22 Ogos yang lalu untuk menjalani proses MRI dan turut melaluinya kali kedua pada 26 Ogos lepas untuk pemeriksaan saraf tunjang,” kata Supaat.

“Memang kelihatan sebelum ini simptom dialami oleh Adnin seperti sering sakit kepala dan jari tangan kanannya tidak boleh dibuka, melihat keadaan itu kami terus bertindak segera membawanya berjumpa doktor untuk rawatan susulan di KPJ Muar,” tambah ibu Adnin, Hartini Rosnan.

Menurut Hartini, adik Adnin kini berada di rumah dalam pemantauan keluarga dan akan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada empat September untuk rawatan susulan.

Adik Adnin juga dijangka akan melalui pembedahan pada enam September, kata ibunya lagi ketika dihubungi oleh Wartawan Rakyat Johor yang bertugas.