Home Berita PAS Johor

PAS Bakri edar bendera Malaysia kepada orang awam

70
SHARE

Oleh RAJA IZWAN

BAKRI, 30 OGOS : PAS Kawasan Bakri hari ini telah mengedarkan sebanyak 450 bendera Malaysia kepada masyarakat setempat bermula pada jam sepuluh pagi tadi di beberapa lokasi berasingan di sekitar bandar ini dengan kerjasama Pemuda PAS Bakri dan Muslimat PAS Bakri.

Program edaran yang berlangsung bertempat di Batu 15 Ayer Hitam, bersebelahan Masjid Jamek Batu 15 telah disempurnakan oleh Penyelaras Pusat Aduan Rakyat Bukit Naning, Azman Ibrahim dengan dibantu lima orang petugas untuk penduduk sekitar Bukit Naning

Sementara itu, di lokasi persimpangan lampu isyarat Bakri Batu 3, bersebelahan Masjid Al-Munir turut diedarkan juga sebanyak 150 buah bendera oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bakri, Ustaz Kamalulnizam Bin Mohd Suhut dan Ketua Kampung Jeram Tepi, Razali Muhamed disertai dengan enam orang petugas.

Manakala Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Bakri, Normala Mohd Ali bersama lima orang petugas juga telah mengedarkan sebanyak 150 bendera Malaysia di Pasaraya Astaka, di sini.

Menurut Ustaz Kamalulnizam, orang ramai juga turut mengucapkan terima kasih atas pemberian bendera tersebut.

Beliau berharap semoga dengan edaran bendera ini dapat memberikan semangat kemerdekaan dan semangat patriotik kepada masyarakat menjelang sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 64 Tahun pada hari esok.