Home Artikel PAS Johor

Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor ke 31 meriah dengan Tema Klasik

158 views
SHARE

Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Johor ke 31 meriah dengan Tema Klasik

Oleh: Nik Nor Nadhirah

Kukup, 20 April 2019 : Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor (DMPNJ) kali ke-31 telah berlangsung dengan harmoni dan meriah.

Muktamar kali ini merupakan muktamar yang ada sesi pemilihan ahli jawatankuasa baru sesi 2019/2021. Pemilihan berlangsung dengan keadaan yang terkawal dengan kehadiran 25 kawasan daripada seluruh negeri Johor.

Muktamar Tahunan Muslimat PAS Negeri Johor dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajah Mumtaz Md Nawi, Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan dan juga merupakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan.

YB Mumtaz dalam ucapannya menyeru semua muslimat-muslimat untuk terus istiqamah dalam perjuangan dan terus menyokong perjuangan PAS demi kesatuan Islam

Turut hadir dalam majlis perasmian ialah wakil Wanita UMNO Puan Zarina Bain, wakil ISMA JOHOR BAHRU Dr Madihah Rushaidi dan Puan Hajjah Jemeliah Yusoof merupakan wakil PERKASA Negeri Johor.

Tema ” Islam Memimpin Wanita Sejahtera” dipilih bagi memastikan muslimat PAS sentiasa teguh dalam bersama-sama untuk memartabatkan Islam di bumi Johor bahkan Malaysia ekoran daripada isu-isu yang sedang hangat berlaku dalam negara.

Muktamar kali ini juga turut meriah dengan dua anugerah iaitu Tokoh Assobiqot Kawasan dan Tokoh Assobiqot Contoh bagi mengikhtiraf budi tenaga yang telah menginfaqkan diri serta kecekalan berjuang bersama PAS untuk Islam.

Sementara itu, Muslimat Muda juga turut diseru untuk mengembleng tenaga bersama-sama dengan Muslimat untuk terus menggerakkan jentera muslimat, (YB Mumtaz, 2019).