Home Artikel PAS Perlis

Hari Keluarga Perkukuhkan Organisasi Muslimat PAS Kawasan Arau

42 views
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ALOR SETAR: Bermatlamatkan mengukuhkan lagi ukhuwwah sesama ahli jawatankuasanya, Dewan Muslimat PAS Kawasan Arau telah mengadakan program Hari Keluarga Muslimat PAS Kawasan Arau bertempat di MNY Titi Gajah Homestay, dekat sini pada 20 April lalu.

Program berkenaan melibatkan seluruh ahli jawatankuasa DMPKA serta para peserta jemputan dalam kalangan muslimat muda PAS.

Menurut ketuanya, Hjh. Latifah Mat, program berkenaan juga diadakan bagi membincangkan perancangan DMPKA untuk tahun 2019 di samping mengenalpasti tenaga-tenaga baru dalam kalangan muslimat muda yang boleh dimanfaatkan untuk gerak kerja parti.

“Adalah menjadi harapan kami agar muslimat-muslimat muda ini dapat diketengahkan dan dikenalpasti kebolehan serta kecenderungan mereka, untuk diserapkan sebagai petugas Dewan Muslimat PAS Kawasan Arau,” katanya.

Program didahului dengan slot taujihat yang menyentuh mengenai peranan muslimat dalam amal jama’ie yang disampaikan oleh Ustazah Nor Seri, Naib Ketua DMPKA.

Turut diadakan sepanjang berlangsungnya program sehari itu adalah sesi ice-breaking, penerangan Gen3, slot perancangan lajnah, sesi soal-jawab, perutusan rasmi Ketua DMPKA serta slot resolusi pada penghujung program tersebut.