Home Artikel PAS Kelantan

Kecaman Ke Atas Pengeboman Beberapa Buah Gereja Dan Hotel Di Sri Lanka

321 views
SHARE


Kenyataan Media Menteri Besar Kelantan

KECAMAN KE ATAS PENGEBOMAN BEBERAPA BUAH GEREJA DAN HOTEL DI SRI LANKA


1. Pihak Kerajaan Negeri Kelantan mengutuk serangan bom yang berlaku pada 21hb April 2019 di Sri Lanka yang mensasarkan beberapa buah gereja dan hotel mewah sehingga mengakibatkan lebih ratusan orang terbunuh, manakala lebih 400 lagi cedera dalam insiden berkenaan.

2. Pihak Kerajaan Negeri Kelantan mengutuk sekeras-kerasnya jenayah serangan terhadap gereja dan hotel yang merupakan tempat awam, apatah lagi kejadian berlaku bersempena hari perayaan Kristian iaitu hari Easter. Ucapan belasungkawa dan dukacita kepada semua keluarga mangsa yang terkorban disebabkan elemen keganasan dan ekstremis yang mahu memecah-belahkan antara etnik dan agama.

3. Tindakan ini adalah cubaan bagi mewujudkan rasa panik dan mengganggu ketenteraman awam. Ia boleh mencetuskan perbalahan dan pergaduhan antara agama. Islam dan mana-mana agama di dunia sangat mendokong keamanan dan keadilan. Semua agama di dunia menolak sekeras-kerasnya keganasan dan ekstremis dalam apa jua bentuk.

4. Kita berharap Presiden Maithripala Sirisena dan kerajaan Sri Lanka akan menjalankan siasatan komprehensif dan membawa pelaku-pelaku ke muka pengadilan. Kita berharap semua rakyat Sri Lanka dalam situasi tragis ini untuk kekal bersatu dan terus kuat.

YAB USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB
(DATO’ BENTARA KANAN)
MENTERI BESAR KELANTAN
Bertarikh: 16 Syaaban 1440 / 22 April 2019

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1007399589450158&id=144912392365553