Home Berita PAS Johor

Muktamar PAS Pusat : Perwakilan dan pemerhati Johor mula mendaftar

151
SHARE

Oleh: ABU HADIF

KULAI, 6 Nov : Perwakilan dan pemerhati Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke 67 peringkat negeri Johor tahun ini mula mendaftar seawal jam 7.30 pagi di Perkasa Ballroom, Le Grandeur Palm Resort, Senai, di sini sebentar tadi.

Seramai 105 orang perwakilan dari 26 kawasan dijadualkan menghadiri muktamar secara dalam talian pagi ini sehingga esok selama dua hari yang dipancarkan secara langsung dari Duyung Marina  Resort, di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, Terengganu.

Muktamar pada kali ini juga dilangsungkan dengan agak ketat yang mana semua jawatankuasa, perwakilan dan urus setia yang hadir mesti telah divaksinasi dua dos lengkap serta melakukan ujian kendiri pengesanan Covid-19, yang dikendalikan oleh petugas Muktamar.

Muktamar pada kali ini dijalankan secara serentak di seluruh negara secara dalam talian di mana hanya Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan-kawasan sahaja yang menghadiri lokasi utama muktamar ini di Terengganu manakala empat orang lagi perwakilan dari setiap kawasan bermuktamar secara dalam talian di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan untuk setiap negeri.

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor melalui Pengarah Muktamar peringkat negeri Johor kali ini telah menempatkan semua perwakilan dari seluruh Johor di Le Grandeur Palm Resort Senai untuk mengikuti perjalanan muktamar PAS Pusat kali ke 67 secara dalam talian.