Home Artikel PAS Melaka

Muktamar PAS Pusat pertama selepas pembentukan Muafakat Nasional – Asri

225
SHARE

Oleh : Shawal Ahmad

KOTA MELAKA, 13 Sept : Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat kali ke-66 pada tahun ini mencatat sejarah kerana buat pertama kalinya diadakan selepas genap setahun usia Muafakat Nasional (MN) yang telah dimaterai pada 14 September tahun lepas dengan PAS Melaka sebagai tuan rumah muktamar bagi Melaka dan Negeri Sembilan.

Pengerusi Panitia Muktamar Tahunan PAS ke-66 bagi Melaka-Negeri Sembilan, Asri Shaik Abdul Aziz berkata, Muktamar Tahunan PAS Kali ke 66 untuk Negeri Melaka dan Negeri Sembilan tahun ini dibuat secara dalam talian secara langsung dengan muktamar di PUTIK Kelantan, berlangsung dalam suasana norma baharu dengan mengambil kira kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).

Asri yang juga merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka berkata, muktamar kali ini yang diadakan di Ballroom Hotel Sentral Melaka ini menerima kehadiran yang terhad sekitar 56 orang perwakilan dan 42 orang pemerhati sahaja.

 

Tambah Asri lagi, perwakilan dan pemerhati hanya terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa PAS kawasan-kawasan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan berserta wakil-wakil Dewan Pemuda, Ulama dan Muslimat.

“PAS Melaka juga mengucapkan penghargaan pada PAS Pusat bagi pihak PAS Negeri Melaka dan Negeri Sembilan dan memohon maaf jika ada sebarang kekurangan dari pihak panitia Muktamar Melaka-Negeri Sembilan.

“Penambahbaikan dan cadangan dialu-alukan. Mana tahu PAS Melaka tahun hadapan akan jadi tuan rumah bagi Muktamar PAS Pusat kali ke-67 tahun hadapan dan kami akan bersedia jika ada usul dikemukakan.” ujarnya.

Asri berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan sebagai Pengerusi Panatia Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-66 bagi Melaka dan Negeri Sembilan yang berlangsung di Ballroom Hotel Sentral Melaka, di sini pagi tadi.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya-3 PAS Negeri Melaka, Muhamat Puhat Bedol dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Rahman Shah Aris.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)