Home Berita PAS Johor

Muhasabah diri, jaga hubungan dengan Allah

243
SHARE

Oleh SHARIFAH AJIL

MUAR, 6 Ogos : Sentiasa menilai dan muhasabah diri kita dahulu adalah salah satu pra syarat untuk mencapai kemenangan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Khirul Muntazar Ismail menekan agar para amilin PAS juga sentiasa menjaga hubungan dengan Allah untuk mendapat kekuatan.

“Sekiranya kekuatan hubungan dengan Allah lemah, sukar untuk kita mendapat bantuanNya. Dengan pergantungan yang kuat kepada Allah, segala kesulitan, kesukaran, insya allah akan dipermudahkan oleh Allah.

“Demikianlah yang dihadapi oleh sahabat Nabi s.a.w, Saad bin Abi Waqas yang menghadapi kucar-kacir tenteranya. Lalu memohon doa kepada Allah sebagai usahanya yang benar-benar mengharap datang pertolonganNya dengan berulang-ulang membaca ayat dari Surah Al Imran : 200, ” ujar Muntazar lagi.

Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Ulama Pusat, menyatakan demikian dalam program Multaqa Mujahid Siber Johor di Dewan An Nur, Pusat Tarbiyah PAS Muar, Parit Pechah di sini, semalam.

Istiqamah dalam mematuhi arahan yang diberi pihak pimpinan agar dapat melancarkan segala gerak kerja. Perlu kesabaran yang tinggi menghadapi kerenah mereka yang tidak suka, melanggar arahan dan sebagainya. Hadapi dengan tenang apa jua situasi dengan berhikmah.

Terdahulu sebelum itu, sebagai tuan rumah, YDP PAS Muar, Abd Aziz Talib yang juga Adun Maharani dalam ucapan aluannya mengharapkan dengan program ini, diharap para Mujahid Siber dan jentera pilihanraya dapat bekerjasama menjalankan gerak kerja bagi menghadapi PRU 15 nanti.

Sementara Ketua Pegawai Operasi Harakah (COO), Ustaz Kamal Ashaari mengharapkan edaran Harakah cetak dapat diperluaskan lagi edarannya supaya sampai kepada masyarakat

“Walaupun Harakah cetak, malah 53% jualan akhbar-akhbar cetak yang lain juga mengalami penurunan keluaran. Namun akan diusahakan pengeluarannya dengan sasaran kepada ahli PAS yang ada lebih sejuta orang.

“Akhbar Harakah adalah satu-satunya akhbar parti politik yang masih kekal relevan hingga saat ini sejak ditubuhkan 35 tahun yang lalu.

Program yang dihadiri hampir 150 orang peserta ini meliputi semua kawasan anjuran Jabatan Penerangan PAS Johor diakhiri dengan pelancaran jentera pilihan raya PAS kawasan Muar.