Home Artikel PAS Johor

Muafakat Nasional harmoni di Parit Besar

143
SHARE

Oleh : Ahmad Faris

SRI GADING, 2 Mei: Program edaran bubur lambuk edisi Muafakat Nasional antara PAS Cawangan Parit Besar Dan UMNO Cawangan Taman flora & Taman pelangi berlangsung dengan baiknya petang tadi.

Hampir 500 bungkus berjaya diedarkan kepada penduduk sekitar. PAS diketuai oleh Ketua Cawangannya Suhaimi Misman manakala UMNO dihadiri oleh juga ketua Cawangan iaitu Salleh Daud.

Aktiviti memasak yang bermula seawal jam 9 pagi tadi telah dihadiri oleh AJK dari kedua-dua parti. Tolong menolong sambil berbicara isu-isu semasa yang membadai negara dan cerita terkini melibatkan negeri.

Walaubagaimanapun kedua-dua pihak telah bermuafakat dan bersetuju untuk terus menjalinkan ukhuwwah yang sedia terbina lebih setahun yang lalu. “Amatlah rugi kalau kita berpecah setelah bersama. Sejarah perang saudara yang panjang antara UMNO dan PAS seharusnya menjadi iktibar dan jangan diulangi lagi”. Kata Salleh Daud.

Suhaimi Misman memberitahu “bubur lambuk ni simbolik kerjasama atau Muafakat Nasional peringkat cawangan dan kampung Parit Besar kekal utuh dan semakin erat insyallah”. Beliau juga memohon keberkatan ramadhan tahun ini akan memberi makna yang lebih istimewa untuk kemaslahatan ummah.

Turut bersama mengedarkan bubur lambuk ialah Yang Di Pertua PAS Sri Gading Ashari Sidon dan Ketua Pemuda PAS Kawasa Azrin Subari serta AJK PAS Cawangan Sheikh Ahmad Karim dan Aswad Mahmood.