Home Berita PAS Perlis

Penduduk Kuala Perlis terima bakul makanan

499
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 1 Mei: Perikatan Nasional (PN) Negeri Perlis terus melaksanakan program agihan Bakul Makanan PERMAI untuk rakyat di negeri ini.

Semalam, seramai 567 orang penduduk yang tinggal dalam DUN Kuala Perlis telah menerima bakul makanan tersebut.

Mereka terdiri daripada penerima bantuan bulanan sedia ada di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Majlis penyerahan telah dibuat di Pusat Kegiatan KEMAS Kuala Perlis, dekat sini.

Antara pemimpin yang hadir dalam majlis berkenaan ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Kangar, Wan Hassan Ismail dan Ketua Bahagian Bersatu Kangar, Abu Bakar Hamzah.

Menurut Wan Hassan, DUN Kuala Perlis antara yang mencatatkan bilangan penerima bantuan tertinggi di negeri ini.

“PN Negeri Perlis¬†berharap dengan adanya bantuan seperti ini, tidak ada keluarga yang terputus bekalan makanan terutamanya ketika PKPP masih berkuatkuasa,” katanya ketika ditemui.

Pada majlis yang sama, pihak SPR turut membuka kaunter pendaftaran pemilih untuk para penduduk yang belum mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi.