Home Berita PAS Melaka

MPAG Buka Pendaftaran Permohonan Peniaga Dan Penghantar Makanan (Runner) Melalui EBAZAR@MELAKA

1765
SHARE


Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH : Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) di dalam fb rasminya semalam memaklumkan bahawa mereka telah membuka pendaftaran bagi permohonan ‘Peniaga Dan Penghantar Makanan (Runner) Melalui EBAZAR@MELAKA’.

Menurut MPAG, penduduk di kawasan Jasin dan Alor Gajah yang berminat untuk berniaga atau menjadi penghantar (runner) di dalam bulan Ramadhan tahun ini sila daftar di https://qrgo.page.link/2GLin . Untuk mengisi borang ini, orang ramai diminta untuk merujuk panduan mengisi borang di
di https://qrgo.page.link/aAWA9. Bagi yang berminat untuk menjadi penghantar pula, sila daftar di https://qrgo.page.link/By28G.

MPAG juga menjelaskan bahasa semakan kelulusan permohonan dan cetakan surat kelulusan boleh dibuat selepas 3 hari permohonan di https://portal.mpag.gov.my/eBazar. Jika menghadapi sebarang masalah untuk membuat semakan, orang ramai diminta  merujuk panduan di https://bit.ly/2VJykCp.

Tambah MPAG lagi, syarat-syarat untuk berniaga pula boleh dirujuk di https://bit.ly/2XSXFN4 dan syarat-syarat untuk menjadi penghantar boleh dirujuk di https://bit.ly/2VK8ePJ.

Pihak MPAG dalam hantaran fb yang sama berharap semoga dengan cara ini dapat memudahkan semua pihak dan seterusnya dapat membendung penularan wabak COVID-19 demi kesejahteraan semua.


Mereka yang berminat untuk mendapatkan keterangan lanjut boleh mendapatkannya dari sumber berikut:

?️ Sila layari – http://www.mpag.gov.my/ms/ebazarmelaka

@
Hubungi :-
Majlis Perbandaran Alor Gajah
1. En. Mohd Hariz Hilmi bin Ramli (Parlimen Masjid Tanah) : 01123623621
2. Pn. Nurlidaya binti Mat Noor (Parlimen Alor Gajah) : 0133180867

Sumber : FB Rasmi Majlis Perbandaran Alor Gajah