Home Berita PAS Wilayah

Ihya Ramadan PAS Wilayah Persekutuan 1441H

1076
SHARE

Jom bersama PAS Wilayah Persekutuan menghidupkan malam sepanjang Ramadan. Program ini antara lain bertujuan untuk menonjolkan satu bentuk tarbiyah bersistematik dengan target melahirkan modal insan yang memiliki kesatuan hati, pemikiran dan amal Islami menuju keredaan Allah SWT.

Tentatif program:

1. Solat isyak berjemaah bersama ahli keluarga di rumah masing-masing. Rakaat pertama imam baca ayat 1-3, rakaat kedua ayat 4-6 surah al-Mulk.

2. Solat tarawih 8 rakaat. Setiap rakaat tarawih imam akan baca 3 ayat daripada surah al-Mulk bermula ayat ke-7 sehingga tamat surah ayat ke-30 pada rakaat ke-8.

3. Selepas 4 rakaat tarawih, imam akan memasang satu rakaman tazkirah tafsir surah al-Mulk bermula ayat 1 yang disediakan di FB Pas Wilayah. Tempoh masa tazkirah sekitar 10-15 minit. Tarawih disambung selepas itu dan diakhiri dengan witir 3 rakaat 2 salam.

Ini bermakna setiap malam kita tamatkan bacaan surah al-Mulk 30 ayat dan tamat mendengar tafsir surah ini dalam masa sebulan. Imam yang tak hafaz surah al-Mulk boleh buka Quran semasa membacanya dalam solat.

Surah al-Mulk mempunyai kelebihan apabila dibaca pada setiap malam. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ سُورَةً فِي الْقُرْآنِ ثَلاَثُونَ آيَةً شَفَعَتْ لِصَاحِبِهَا حَتَّى غُفِرَ لَهُ : تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ

“Sesungguhnya satu surah di dalam Al Qur`an memiliki tiga puluh ayat yang dapat memberi syafa’at kepada pembacanya hingga ia diampuni. iaitu; tabaarakalladzii biyadihil mulku (surat Al Mulk).
Riwayat Ibn Majah (3786)

Riwayat Ibn Majah (3786)

Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Maka didapati padanya seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk hingga tamat. Lantas beliau menemui Nabi SAW lalu berkata:

يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي ضَرَبْتُ خِبَائِي عَلَى قَبْرٍ وَأَنَا لاَ أَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ ، فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الْمُلْكِ حَتَّى خَتَمَهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : هِيَ الْمَانِعَةُ ، هِيَ الْمُنْجِيَةُ ، تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ.

Maksudnya: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur.

Riwayat al-Tirmizi (2890)