Home Artikel PAS Wilayah

Tajaan Sumbangan Prihatin Melancarkan Lagi Misi Bantuan

589
SHARE

Oleh Nurul Nadiyah

DARUL UMMAH, Rabu – Seramai 10 orang penerima Sumbangan Prihatin daripada PAS Kawasan Titiwangsa hari ini pagi tadi.

Misi Bantuan PKP ditaja sepenuhnya oleh ahli keluarga Allahyarham mantan Yang Dipertua PAS Kawasan Titiwangsa, Ustaz Haji Abdullah Abd Wahab.

Edaran bantuan kali ini dibantu oleh Suzana Sein dan Noor Azizah Zainon, wakil bagi penduduk setempat untuk menyampaikan kepada mereka yang terhad pergerakan iaitu tiada kenderaan dan masalah kesihatan.

Sumbangan disampaikan oleh Hedzer Ibrahim, Pengarah Jentera Pilihanraya, (JPRP) merangkap Ketua Zon Pandan dengan dibantu oleh Mohamad Bakhtar, Aidi Alfian, AJK dan Sukarelawan Prihatin Zon Pandan.

Selain Zon Pandan, Zon Keramat juga berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada Mohsin, penduduk di Kondominium Gurney Height pada petang tadi. Sumbangan disampaikan oleh Cikgu Yusoop, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK).

Sumbangan berupa keperluan dapur seperti beras, telur, tepung, gula, susu dan tambahan kurma dan biskut raya.

Justeru itu, PAS Kawasan Titiwangsa merayu kepada warga Malaysia yang prihatin untuk turut menyumbang kerana pembelian barang-barang keperluan dapur masih diteruskan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan (PKPD), lebih-lebih lagi untuk persiapan Ramadan yang bakal tiba.

Pasukan Prihatin PAS Zon Pandan berharap dapat meneruskan bantuan mengedarkan kurma dan bubur lambuk kepada orang ramai dalam bulan Ramadan. Misi ini pasti akan berjaya dengan bantuan dan sumbangan orang ramai.

Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun, Maybank : 5640-9850-410 (PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN TITIWANGSA) serta hubungi AJK kami untuk maklumat lanjut Cikgu Yusoop (011-13373066) atau Hedzer Ibrahim (019-2708639).

Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Jariah anda kami sampaikan kepada mereka yang berhak mendapatkannya.