Home Berita PAS Kelantan

MOVAK DUN Gaal dapat sambutan

208
SHARE

Oleh CHE MAZIAH MAT

PASIR PUTEH, 18 Ogos: Pelaksanaan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) dapat membantu mempercepat dan mempermudahkan proses suntikan imunisasi kepada rakyat terutamanya masyarakat luar bandar.

Pelbagai usaha dijalankan oleh Kementerian Perpaduan Negara serta Kementerian Kerajaan Tempatan selepas mengambil kira masih ramai masyarakat belum mendaftar untuk divaksinasi kerana masalah capaian internet setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gaal, YB Rodzi Jaafar berpuas hati atas kerjasama semua pihak yang terlibat semasa proses vaksinasi berlangsung.

“Alhamdulillah, program berjalan lancar dan usaha ini diharap dapat membantu meningkatkan jumlah penerimaan vaksinasi bagi penduduk Gaal, khasnya.

Saya juga berharap program seumpama ini dapat diadakan di lokasi lain pula agar memberi peluang kepada mereka yang sukar untuk keluar ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mendapat suntikan imunisasi segera”, ujar beliau.

Terdahulu, 250 orang penduduk berdekatan menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi dos pertama dan 300 penerima dos kedua, di Dewan Serbaguna Desa Alam Shah, Gong Jenerih, Gaal.