Home Berita PAS Kelantan

Dr Azizi Umar, pengarah baharu ILDAN

355
SHARE

Oleh NORZANA RAZALY

KOTA BHARU, 19 Ogos: Exco Pendidikan Negeri Kelantan, YB Dato’ Dr Fadzli Hassan mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada pengarah Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) yang baharu, Dr Azizi Umar berkuat kuasa 15 Ogos lalu.

“Terima kasih tidak terhingga kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana meminjamkan tokoh pendidik ini untuk berkhidmat di Kelantan. Kita bangga menerima khidmat staf akademik yang cemerlang di UKM”, kata beliau ketika dihubungi.

Dato’ Fadzli juga berharap Dr Azizi dapat meneruskan kecemerlangan ILDAN dan menjayakan DPRK. Sekaligus merealisasikan harapan Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Kelantan.

Terdahulu, Institut Latihan Perguruan Kelantan (ILPK) telah dirasmikan penubuhannya oleh mantan Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat pada November 2015.

Antara kejayaan terbesar ILPK adalah lahirnya Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK).

Setelah beroperasi cemerlang dalam bidang latihan perguruan dan penganjuran seminar dan konvensyen pendidikan peringkat kebangsaan dan antarabangsa, Kerajaan Negeri Kelantan telah memberi kepercayaan kepada ILPK untuk meluas dan melebarkan lagi ruang operasi dan perkhidmatannya dengan menaiktaraf ILPK kepada ILDAN.