Home Berita PAS Kedah

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah teruskan misi bantuan

34
SHARE

KULIM, 29 Jun : Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah,bersama beberapa NGO meneruskan usaha menyantuni warga institusi pendidikan. Misi kali ini, diteruskan dengan menyantuni warga Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyyah bagi menghulurkan sumbangan makanan kepada pelajar kampus yang tidak dapat pulang ke kampung susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang berkuatkuasa hingga hari ini.

Alhamdulillah, lebih dari 800 orang pelajar Politeknik akan menerima manfaat dari sumbangan hari ini yang berbentuk air mineral, makanan kering dan makanan basah.

Ustaz Nurul Amin Hamid Ketua DPPNK telah mengetuai rombongan tersebut dan menyampaikan sendiri sumbangan ini kepada Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyyah, Mohd Zamre bin Ab Rahman.

“Inisiatif bantuan kepada mahasiswa yang terkandas di kampus seperti ini mesti diteruskan”.

“Mahasiswa UUM telah menerima bantuan daripada kita beberapa hari lepas, kini tibalah masanya mahasiswa di Politeknik pula merasainya”, ujar Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah setelah menyampaikan bantuan.

Sehubungan dengan itu, pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah juga sedang mengumpulkan dana bagi sumbangan seterusnya kepada kumpulan sasaran yang memerlukan.

Sekiranya anda berhajat ingin membantu usaha kami ini, boleh hulurkan sumbangan pada akaun di bawah:

BANK ISLAM: DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
0201 1010 0093 00