Home Khas
106
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

PAS Pandang Serius Isu Hina Agama

PAS memandang serius perbuatan menghina agama Islam yang masih berterusan berlaku biarpun pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kes seumpamanya sebelum ini.

Merujuk kepada kes seorang lelaki yang dipukul sekumpulan penghantar makanan semalam disebabkan menghina Agama Islam.

PAS berharap PDRM mempercepatkan dakwaan terhadap penghina agama dengan tindakan tegas. Begitu juga sekiranya terhadap penghinaan terhadap anutan-anutan lain kerana perlembagaan memberi hak pengamalan secara aman.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

Senator Ustaz Idris Bin Ahmad
Naib Presiden PAS
Ahli Dewan Negara
13 Jun 2021 | 1 Zulkaedah 1442

#MalaysiaPrihatin
#PerpaduanNegara
#SejahteraBersamaIslam