Home Artikel PAS Melaka

Misi bantuan banjir Al Haziq Frozen di Kemaman tepati sasaran.

554
SHARE

Oleh : Zul Sham Mahat

MASJID TANAH, 17 Jan : Misi tanggungjawab sosial korporat (CSR) bantuan banjir anjuran syarikat bumiputera Al Haziq Frozen ke Kemaman, Terengganu Darul Iman, telah berjaya menepati sasaran yang telah ditetapkan.

Program ini dianjurkan bersama dengan beberapa rakan-rakan perniagaan Al Haziq Frozen yang lain iaitu Senditek Sdn Bhd, E-Power Engineering Sdn Bhd, Mainenergy Services Sdn Bhd, Global Dream Logistic Sdn Bhd, Net Provisions Solutions, Zas Engineering, Hari Maju Electrical, Nadhirag Resources Dan Sk Mart.

Antara kampung yang mendapat bantuan ini termasuk Kampung Teladas, Kampung Air Putih, Pusat Pengajian Islam Ribat Al-Asyraf (Pusat Tahfiz) Kampung Mak Langam dan Kampung Shukur.

Menurut ketua misi ini, Hasbulah Halil, 43 beliau berpuas hati kerana bantuan untuk mangsa banjir ini telah melepasi sasaran yang dikehendaki.

“Kami bersyukur kepada Allah kerana kami telah selamat sampai dan bantuan juga telah dapat kami berikan kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan.

“Dan setakat hari ini sebanyak 40 buah keluarga telah kami beri bantuan dan misi akan diteruskan lagi esok (Ahad),” ujar Hasbullah ketika dihubungi Wartawan Rakyat Melaka (WARM) malam tadi.

Sementara itu Mudir Pusat Pengajian Islam Ribat Al-Asyraf, Ustaz Syed Shahrunudin mengucapkan berbanyak terima kasih atas kehadiran rombongan dan bantuan yang diberikan.

Misi bantuan ini yang disertai oleh lebih 30 orang sukarelawan ini akan meneruskan misi bantuan seterusnya di Dungun.


DI bawah ini dipaparkan foto-foto menarik sepanjang program ini kiriman wakil misi ini :