Home Artikel PAS Melaka

Jom derma darah di AEON Bandaraya sekarang! : AMAL Melaka

270
SHARE

Oleh : Siti Hajar

HANG TUAH JAYA, 17 Jan : Jabatan Amal Malaysia (AMAL) mengajak semua rakyat Melaka untuk menderma darah dalam program Amal Mega Blood Donation (AMBD) yang akan bermula jam 11 pagi ini bertempat di ruang lobi kompleks pasaraya AEON Bandaraya Melaka berdekatan pintu masuk C.

Sebanyak 10 buah katil disediakan untuk menampung keperluan program ini yang dianjurkan dengan kerjasama Pusat Darah Negara dengan kapasiti ruang yang luas bagi menjamin keselesaan peserta yang akan menderma darah.

Pada masa ini semua petugas sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan para penderma darah agar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dapat dijaga memandangkan negeri Melaka kini berada dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Orang ramai yang ingin menderma boleh bersedia dengan membawa borang pendaftaran yang diisi dalam talian atau walk-in ke kaunter yang disediakan di tempat program.

Selain itu, penderma darah juga boleh mendapatkan bekalan makanan dan minuman kerana terdapat medan selera berdekatan dengan ruang lobi selepas menderma.



i