Home Artikel PAS Johor

Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Muar

104 views
SHARE
  1. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN MUAR

MUAR : Dewan Muslimat Pas Kawasan Muar (DMPK Muar) telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 19 pada 23 Februari 2018 bertempat di Pasti Al Amaliyyah, Parit Amal, Muar.

Mesyuarat yang bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada 2.00 petang ini telah dirasmikan oleh YDP Pas Kawasan Muar, Tuan Haji Abd Aziz bin Talib. Turut hadir sama ialah Ketua DPPK Muar, Ustaz Mohd Ridzuan bin Nazri .

Memetik ucapan perasmian Tuan Haji Abd Aziz, beliau amat berharap para muslimat Pas Kawasan Muar dapat memberikan komitmen yang lebih tinggi bagi membantu Pas Kawasan Muar terutama dalam persediaan menghadapi PRU 14 yang akan datang. Beliau menganggap fungsi DMPK Muar cukup mantap dalam membantu kerja-kerja menyantuni masyarakat terutama dalam program ziarah dan memberi bantuan kebajikan kepada golongan kurang mampu.