Home Artikel PAS Johor

PAS Johor Digesa Tawan Semula Parit Yani

386 views
SHARE

PAS Johor Digesa Tawan Semula Parit Yani

PARIT RAJA – “PAS Johor wajib mempertahankan 4 DUN yang dimenangi termasuk Parit Yani yang dibawa lari kerusinya oleh pengkhianat.”

Demikian gesaan berunsur penegasan dari Dato’ Mahfuz Mohamed, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat di sini semalam ketika mana membicarakan perihal ketidakadilan yang dibuat oleh bekas pesuruhjaya yang khianat itu.

“Orang PAS yang bertungkus lumus bekerja memenangkan PAS, naik panjat bendera sana sini, mana boleh orang PAN bawa lari kerusi itu sedangkan ianya dipertandingkan atas tiket PAS.”

Beliau berkata, bagi merampas semula kerusi yang kononnya kini milik PAN itu, jentera parti perlu diterapkan semangat kerjasama dan kerja kuat dan melipat gandakan usaha.

Sekalipun berdepan pelbagai cercaan dan tomahan, beliau yakin dan percaya PAS mampu mempertahankan kerusi itu semula memandangkan bakal calon yang akan ditempatkan di sana sangat diyakini dan lebih layak dari calon sebelum ini.