Home Artikel PAS Johor

Dasar Parti Sumber Kekuatan PAS

106 views
SHARE

Dasar Parti Sumber Kekuatan PAS

Parit Raja : Parti Islam Se-Malaysia PAS mampu menongkah arus perjuangan selagi mana mengikut dasar Islam seperti mana yang digariskan , tegas Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS di pentas fastaqim Johor Darul Takzim.

“Pada PAS, bila Islam kata untung, politik kata rugi kita akan ikut Islam dan ini jelas kita dapat lihat menerusi isu RUU 355” ujar beliau ketika memperihalkan berkenaan RUU yang berjaya membuka mata banyak pihak setelah Tuan Guru Haji Abdul Hadi diberi peluang membahaskan usul tersebut di parlimen semata-mata demi mendaulatkan Islam dan bersifat melindungi masyarakat.

Berbeza dengan kerajaan hari ini yang kebanyakannya bukan lagi mewakili rakyat tetapi mewakili korporat dan mengikut Islam pada perkara yang boleh menguntungkan sahaja.

Beliau juga berharap agar masyarakat khususnya di Johor percaya dan memberi mandat kepada PAS dan Gagasan Sejahtera yang dibantu oleh lebih 100 buah NGO di bawahnya untuk memimpin masyarakat meskipun PAS dianggap parti pengacau oleh pihak lain.

“PAS dianggap parti pengacau kepada perjuangan politik di Johor, namun hasil kerja perjuangan orang dahulu yang diteruskan oleh para jentera hari ini maka kita dapat lihat hasil nya hari ini dan kita dapat jawab di hadapan Allah kelak”

Bagaimanapun, kehadiran masyarakat setempat ke himpunan kali ini jelas menggambarkan satu reaksi positif dan penerimaan baik orang ramai terhadap PAS.